Sendawakan bayi akan dapat mengelakkan bayi itu daripada menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum ia kenyang. Ini kerana semasa bayi menghisap minuman/ susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu bayi perlulah disendawakan sekurang-kurangnya satu atau dua kali semasa menyusu.
(Tips: Sentiasa sediakan kain kerana bayi bermungkinan termuak apabila bersendawa.)
- Bayi baru lahir (< 6 bulan) disarankan sendawa setiap ½ – 1 oz (15 -30 ml) susu diberi.
-
Bayi (6-12 bulan) disarankan sendawa 2 – 3 kali antara penyusuan setiap kali.
Selepas bayi menyusu biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan. Terdapat 3 cara bagaimana ibu boleh sendawakan bayi anda (rujuk gambar).
CARA 1: SENDAWA DI POSISI BAHU
Anda juga boleh meletakkan bayi anda di atas bahu anda, ini akan menekan tulang leher anda terhadap perutnya. Tekanan itu sangat penting untuk mensendawakan bayi dengan baik. Pastikan bayi anda bersandar selesa pada badan anda dan diampu dengan baik. Gosok belakang bayi..
CARA 2: SENDAWA DI POSISI TANGAN
Dudukkan bayi di pangkuan anda dengan membiarkan bayi bersandar kehadapan denga sebahagian besar berat badannya sedang berehat di tapak tangan anda. Tapak tangan anda menahan dibahagian atas perut bayi. Dagu bayi diampu dengan merehatkan ia di antara ibu jari dan jari telunjuk anda (kedua jari ini dalam bentuk “V”. Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya. Gosok belakang bayi.
CARA 2: SENDAWA POSISI LAP (PUSINGAN)
Letakkan kain sebagai alas di paha anda. Posisikan bayi anda di atas peha secara tertiarap, dengan bahagian muka mengadap lantai. Gosokkan bahagian belakang bayi anda.
PENTING! SILA BACA!
1. Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit).
2. Elak mengoncangkan bayi di dalam buaian/ bouncer untuk mengelakkan muntah.
Namun. sekiranya bayi tidur selepas menyusu, pastikan:
Bayi tidak tidur dalam keadaan puting berada di dalam mulut. Ini kerana susu / minuman manis yang tertinggal dalam mulut akan meningkat risiko karies (kerosakan) gigi.