Mengikut kajian muzik mampu menguatkan hubungan saraf neurones dalam otak yang baru terbentuk dan meningkatkan IQ anak. Ada 13 kelebihan muzik wajib #share post ini kepada semua untuk pembesaran anak kita juga nanti. Posting panjang, berbaloi baca dan kongsikan.
Katakan anak sedang menangis dan bila kita cuba perdengarkan sesuatu bunyi,tak kira lah (ketuk meja/bunyikan loceng, bagi dengar muzik) tiba tiba anak terus boleh berhenti menangis dengan pantas. Mommy buat juga pada Fateh dan Aaira siap ketuk pintu bagai. Muzik atau alunan mampu mempengaruhi emosi orang dewasa, bayi dan kanak-kanak dan menarik perhatian mereka dengan cepat.
Jadi, bunyi yang diperdengarkan adalah sangat penting especially untuk pembesaran otak anak anak. Eloklah kita sebagai ibu bapa memilih irama yang betul. Contoh bagi dengar bacaan surah, zikir, mozzart atau alunan yang lembut. Ini sangat bagus untuk anak anak even dari dalam perut lagi.
1. Membantu dalam proses pembelajaran.
Boleh ajarkan anak abc/alif ba ta dengan melagukan bacaan tersebut berbanding ajar formal. Itu akan lebih membantu dalam proses belajar bahasa. Dengar sebutan dengan betul. Sangat membantu dalam percakapan tau. Amazing kan?
2. Menjadikan anak kuat ingatan.
Anak-anak yang selalu mendengar bacaan al qur’an kebiasaannya mempunyai daya ingat yang tinggi. Memori yang tajam menjadikan anak ini mudah untuk menghafal, terutama hafalan al qur’an. Selalunya mereka juga lebih pandai dan mudah untuk menghafal untuk subjek lain. Wow!
3. Mampu membantu mengawal emosi dan memberi ketenangan.
Pernah tak kalau kita rasa down,bila dengar muzik yang bersemangat waja,itu akan menjadikan kita terus bertenaga. Sama juga anak kecil nak tidur pula, selalu mak mak mesti dodoikan dengan irama yang mendayu contoh selawat,zikir, alunan yang lembut kan?
4. Meningkatkan praktis skill pendengaran anak.
Menjadi pendengar yang baik sangat bagus untuk sesi pembelajaran nanti Mommy dulu dekat Uia pun ada kelas listening. Just to listen dan take note. So bayangkan kalau kita apply dekat anak kita dari awal sekarang? Haaa kesannya. Best kan, mesti anak jadi lebih patuh dan mendengar arahan.
5. Merangsang otak menjadi lebih cerdik, IQ anak meningkat.
Mereka yang suka mendengar muzik ketika belajar, normally lebih fokus dan lebih cerdik. Mereka akan lebih pantas berfikir dan memberi jawapan yang bagus.
6. Meningkatkan kemahiran matematik.
Membaca nota muzik memerlukan anak untuk mengira nota di samping mengikut irama muzik. Kajian menunjukkan mereka yang mempelajari alat muzik kebanyakannya lebih pandai dalam mata pelajaran matematik. Haa cubalah
7. Aplikasi terapi muzik.
Membantu anak2 yang ada masalah kelewatan bercakap. Perdengarkan muzik/ alunan lagu yang betul. Kerana dari segi bahasa yang jelas dan pengulangan yang kerap dalam lagu itu bagus. Jadi pilih muzik yang betul.
8. Menambahbaik reaksi sponton anak.
Contoh berjoget, mengangguk kepala, menggerakkan tangan, kaki ataupun bergoyang apabila mendengar lagu/muzik/irama/alunan. Secara tak langsung anak belajar anggota badan.
9. Bagus untuk perkembangan motor skil.
Apabila mendengar,mereka akan ikut membuat pergerakan. Contoh mereka akan belajar melompat, tepuk tangan, belajar motor kasar. Motor halus juga terlatih bila ada lagu melibatkan pergerakan jari.
10. Selaraskan Kordinasi mata dan tangan
Bermain instrumen muzik dan mendengar memerlukan mata dan tangan bergerak secara serentak. Ini akan meningkatkan potensi diri anak untuk menjadi lebih multitasking dan lebih alert pada bunyi. Contoh bermain piano, anak perlu membaca nota muzik sambil gerakkan tangan untuk bermain alat muzik.
11. Membantu untuk anak lebih peka kepada bunyi.
Anak yang dibiasakan mendengar, akan mudah tangkap kepada bunyi2 baru walaupun bunyi halus. Mudah kenalpasti bunyi dan benda yang ada disekeliling.
12. Meningkatkan sosial skill
Dari sorang anak yang mungkin pemalu untuk berkawan, tapi bila diperdengarkan muzik, anak2 akan akan jadi lebih seronok untuk layan lagu yang sama, mula berkomunikasi, bekerjasama dan secara tak langsung baik untuk sosial skill.
13. Membina keyakinan diri dikhalayak ramai
Bermain alat muzik dapat mengurangkan rasa takut anak untuk berhadapan dengan orang lain. Contohnya, mereka yang berbakat dalam bermain alat muzik akan belajar untuk mempersembahkan bakat mereka di hadapan orang ramai. Ini dapat mengurangkan ketakutan mereka semasa di pentas dan meningkatkan rasa yakin dalam diri.
P/s: Sangat tidak digalakkan guna phone. Radiasi yang ada bahaya untuk anak kita.
P/s: Mendengar dan bermain alat muzik boleh dipraktikkan dimana2. Gunalah alternative tanpa radiasi. Dengarkan yang baik2 untuk future anak kita. Insyaallah
Artikel ini dikongsikan oleh Facebook Pengasas MommyHana, Hana Shahadan,
#mommyhanasharing