
Bayi yang enggan menyusu kebiasaannya akan menolak apabila hendak disusukan oleh ibunya. Dalam banyak situasi bayi ini berkelakuan seperti ingin menyusu, tetapi apabila disuakan puting ibu, bayi biasanya akan menolak atau menangis. Kadang kala, bayi akan menyusu sekejap, namun akan berhenti dan menangis seperti tidak mahu disusukan lagi.
Ibu perlu tahu, bahawa jika bayi enggan menyusu, kebiasaanya ia hanya bersifat sementara atas sebab tertentu. Antara sebab yang menyebabkan bayi menolak apabila disusukan termasuklah;
- Posisi bayi ketika menyusu tidak betul menyebabkan bayi berasa tidak selesa.
- Pelekapan yang tidak betul samaada teknik yang tidak betul atau pun bayi mempunyai masalah “tongue tie” (rujuk gambar di bawah untuk perbezaan penyusuan bayi yang normal dan tongue tie – sumber gambar google)
- Bayi mengalami masalah keliru puting. Kebiasaannya ia terjadi apabila bayi diberikan puting tiruan terlalu awal.
- Bayi yang kesakitan atau tidak sihat.
- Bayi yang cerewet (bunyi bising / bauan ibu berbeza).
- Perkembangan fungsi otot motornya – sudah kenyang tetapi menunjukkan tanda-tanda seperti ingin menyusu i.e. memasukkan jari ke dalam mulut
- Perkembangan sosial – bayi ingin berinteraksi dengan ibu bapa. Ibu beranggapan bayinya mahu menyusu sedangkan dia masih kenyang. Justeru, bayi menolak atau menangis bila disusukan
- Penghasilan susu berkurangan atau pengeluaran susu yang tidak lancar i.e duktus tersumbat menyebabkan bayi rasa seperti tidak puas menyusu.
- Bayi tersedak akibat pengeluaran susu yang bertambah secara tiba-tiba semasa refleks pancutan (let down refleks).
- Masalah perlekapan i.e. payudara bengkak – areola tegang/lidah pendek
- Bayi telah diberi tambahan susu formula melalui botol.
- Bayi yang lemah seperti bayi pramatang, kurang gula dalam darah, masalah metabolik, kurang hormon tiroid. Bayi tidak menangis tetapi hanya membiarkan puting di dalam mulutnya tanpa menghisap dan tidak aktif
Jika anda menghadapi masalah ini, bagaimana caranya anda boleh membantu bayi anda menyusu semula. Paling penting sebenarnya, kenali sebab utama kenapa bayi anda tidak mahu menyusu dan atasilah masalah tersebut.