- Susukan Bayi Secara Eksklusif
- Susukan Awal! Susukan Dengan Kerap!
- Penyusuan yang kerap terutama pada hari-hari awal kelahiran akan membantu lebih reseptor prolaktin terbentuk di sel-sel payudara.
- Kajian menunjukkan jika penyusuan dimulakan sebaik sahaja kelahiran bayi, masalah susu tidak keluar sehingga hari ke-4 atau ke-5 dapat dielakkan!
- Susukan bayi anda seawal mungkin selepas kelahiran bayi dan sukurang-kurangnya 10 kali dalam masa 24 jam sehingga bayi anda mendapat semula berat kelahirannya.
- Jangan gunakan puting kosong / tiruan atau beri supplemen lain.
- Susukan Awal! Susukan Dengan Kerap!
- Susukan Bayi mengikut kehendak bayi (berdasarkan kepada feeding cues), bukan mengikut waktu tertentu.
- Bayi sepatutnya disusukan mengikut kehendak bayi, bukan berdasarkan jadual feeding tertentu.
- Ini dapat pastikan payudara dapat menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi anda kerana lagi kerap bayi menyusu maka lagi banyaklah susu akan dihasilkan.
- Penyusuan yang kerap juga boleh meningkatkan kualiti lemak dalam susu anda.
- Perah Sambil Menyusukan Anak
- Tandem Nursing, atau menyusukan anak sambil memerah susu dapat meningkatkan refleks ejeksi susu kerana kedua-dua payudara bekerja dengan serentak.
- Biasanya, ibu akan lebih selesa dengan posisi mendakap (football hold), yang mana badan dan kaki bayi diampu dengan menggunakan bantal (rujuk gambar di bawah).
- Perah Selepas Menyusu
- Perah selepas sesi penyusuan berupaya untuk memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini juga memastikan payudara anda dapat dikosongkan dengan sempurna selepas sesi penyusuan.
- Ramai ibu beranggapan bila pertama kali melakukan susu akan terus banyak! INI SALAH! Pada mulanya mungkin susu tidak banyak yang keluar sebab demand tak pernah ada. Namun, setelah beberapa hari kemudian badan ibu akan mula untuk menyesuaikan diri dengan rutin ini dan menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
- Bila nak perah? Dalam masa 30 mins – 1 jam selepas menyusu adalah waktu yang terbaik. Sebaiknya jangan menunggu lama selepas menyusu bagi memerah. Pam 10 – 15 mins setiap breast untuk bantu rangsang demand anda!
- Kerapkan Penyusuan @ Pam/Perah Pada Waktu Malam
- Pada waktu malam dan awal pagi hormon prolaktin adalah lebih tinggi – kerapkan penyusuan / pam / perah susu untuk meransang susu dengan lebih banyak.
- Anda boleh praktiskan memerah susu sebelum tidur dan selepas bangun pagi.
- Melakukan Power Pumping Untuk Ransang Demand
- Boleh rujuk artikel ini: https://www.mithalimoms.com.my/panduan-cara-melakukan-power-pumping-dengan-berkesan/
- Pastikan payudara dikosongkan dengan efisien
- Ransang Let Down Refleks Untuk Kosongkan Payudara Dengan Lebih Efisien
- Minum air panas suam sebelum sesi pam/penyusuan – ransang ibu lebih relaks untuk memudahkan let down refleks.
- Tuaman suam dan urutan pada pada payudara.
- Buat urutan payudara.
- Lakukan pemampatan payudara (breast compression untuk mudahkan aliran susu keluar)
- Ransang Let Down Refleks Untuk Kosongkan Payudara Dengan Lebih Efisien
- Perhatikan cara penyusuan bayi anda (betulkan cara pelekapan, periksa sama ada bayi tongue tie).
- Pelekapan dan posisi yang betul membantu untuk bayi anda mendapat lebih banyak susu disamping dapat kosongkan payudara dengan baik untuk ransang lebih banyak susu.
- Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah penyusuan lain seperti bengkak payudara, puting tersumbat, anak kurang berat badan dan juga masalah puting luka / merekah.
- Pastikan ibu mendapatkan rehat, makanan seimbang & minuman secukupnya.
- Dalam penyusuan emosi memainkan peranan yang sangat penting. Sebab itu, ibu dinasihatkan supaya dapatkan rehat secukupnya untuk elakkan daripada tekanan (stress). Ibu yang gembira dan tenang memudahkan berlakunya let down refleks (refleks ejeksi oksitosin) semasa sesi penyusuan / pam – hormon oksitosin lebih dirembeskan dalam situasi ini.
- Jika Anda Ibu Bekerjaya, Jaga Sesi Pemerahan Anda
- Pam sejurus sebelum pegi bekerja dan 2 – 3 kali di tempat kerja (Jarak pam dalam 2 – 3 jam sekali, maksimum 4 jam). Nota: Jangan sesekali tunggu payudara bengkak baru nak pam susu. Bila ini berlaku, otak akan mendapat ransangan bahawa susu dihasilkan sekarang MELEBIHI daripada keperluan sebenar. Jadinya, secara semulajadi otak hantar signal supaya untuk KURANG SUSU dihasilkan pada masa hadapan.
- Menyusukan bayi secara terus sebaik pulang bekerja dan sepanjang masa di rumah dan pada hari cuti.
- Bila anda bercuti panjang, pastikan anda jaga sesi pam anda. Pam susu anda secara tandem dengan bayi anda, atau pun selepas sesi penyusuan. Kata kunci penting di sini PASTIKAN ANDA KOSONGKAN PAYUDARA ANDA DENGAN SEMPURNA setiap kali sesi penyusuan.
- Disarankan untuk mengambil supplemen tambahan yang terbukti berkesan membantu untuk tingkatkan & pekatkan susu, dan juga paling penting dapat bantu memberi tenaga dan juga nutrisi tambahan untuk ibu menyusu seperti Maryam Hot Chocolate Milk Booster.