

Bisnes online adalah satu cabang bisnes yang mengalami perkembangan yang drastik sejajar dengan perkembangan teknologi dunia digital tanpa sempadan. Paling penting ia sentiasa memberikan pulangan atau hasil pendapatan yang lumayan dan diluar jangkaan anda! Anda bukan sahaja boleh berniaga di Malaysia sahaja, malah ke serata dunia!
Sedar atau tidak, pendapatan daripada bisnes online tetap tertakluk kepada cukai pendapatan. Jadi, selagi mana anda berniaga di Malaysia, anda tetap tertakluk oleh akta percukaian di Malaysia. Jadi, dalam artikel ini, Tn Amal ada kongsikan 10 tips mudah untuk anda amalkan untuk urusan cukai bagi peniaga online seperti anda.
- Daftarkan bisnes anda sebagai perniagaan yang sah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekalipun ianya hanya menjalankan aktiviti dropship atau affiliate sahaja. Ramai yang tunggu sampai bisnes atau pendapatan berjumlah 6 angka baru mereka mahu daftar. Kesan jangka panjangnya merugikan.
- Apabila sesebuah aktiviti bisnes dilaksanakan dalam entiti perniagaan yang sah, setiap pendapatan dan perbelanjaan perlu diurus dengan betul. Bukan sahaja pendapatan yang perlu diisytiharkan tetapi seluruh perbelanjaan yang dikeluarkan juga wajar dituntut. Ia mungkin caca merba jika belanja tersebut diurus seperti perbelanjaan peribadi.
- Satu lagi kelebihan jika bisnes online anda didaftarkan sebagai perniagaan atau perkongsian, anda ada lebih masa untuk menyerahkan borang cukai iaitu sehingga 30 Jun atau 15 Julai jika serahan menggunakan e – filing setiap tahun.
- Buka akaun semasa perniagaan anda di bank yang biasa dengan urusan bisnes online. Ia memudahkan anda menyemak dan mengesan setiap transaksi kewangan ketika penyediaan penyata untungrugi dan kunci kira-kira. Asingkan akaun bank khas yang berbeza sekiranya anda memiliki lain-lain jenis perniagaan. Tidaklah nanti semua bisnes guna satu akaun, mesti pening akauntan kita sediakan penyata kewangan.
- Lantik pekerja atau pembantu bersesuaian dengan tahap bisnes online anda. Ia memudahkan proses pengurusan kewangan seperti bayaran kepada pembekal, merekod jualan serta belian dan paling mudah tapi susah iaitu penyimpanan dokumen.
- Setelah semua ini dapat dilaksanakan, tidak ada lagi isu belanja yang mahu dituntut tapi tiada sebarang bukti disimpan. Tidak ada juga lagi rungutan mengapa pendapatan dicatatkan lebih tinggi dari yang sebenarnya kerana semua telah ada rekod masing-masing.
- Sebaiknya sediakan penyata komisen kepada ejen dan affiliate bisnes anda. Jika melebihi RM 5000 setahun, sila gunakan borang CP58. Dengan cara ini semua belanja tersebut boleh ditolak dan dapatlah kurangkan cukai secara tidak langsung.
- Pastikan kos pengilklanan dan pemasaran menggunakan fb ads, google ads, paid review dan sebagainya dicatatkan dan dapatkan invois atau resit jika perlu. Ia mungkin satu lagi kos paling tinggi yang anda libatkan. Rugi besar jika kos ini gagal dituntut.
- Jika melibatkan kos pengeposan yang besar, pilih syarikat courier yang boleh memudahkan kita untuk menentukan dan menyemak kembali kos yang dikeluarkan pada setiap hujung bulan.
- Tak kurang juga pemilik bisnes online yang beroperasi dari rumah. Bina atau sediakan satu ruang pejabat dalam rumah anda seperti meja, komputer dan sebagainya. Simpan semua bil utiliti kerana anda mungkin boleh menuntut sehingga 2/3 daripada perbelanjaan dikeluarkan.
Kalaulah anda dapat buat 10 tips mudah ni, saya yakin sebahagian besar masalah cukai anda akan selesai. Begitulah jua yang dilaksanakan oleh mereka yang sudah berjaya. Cukai kan tanggungjawab kita bersama.
Untuk belajar lebih lanjut tentang 101 Kaedah Penjimatan Cukai yang mana boleh bantu anda mengurangkan cukai sehingga 100%, boleh klik butang di bawah: