AMARAN: Artikel ini tidak sesuai untuk:
- remaja bawah umur
- wanita bujang
- lelaki yang telah sedia power
- lelaki yang perasan power (tapi sebenarnya tak power pon)
- lelaki yang tak kisah pasal kebahagian batin isteri
maka sila tinggalkan page ini segera.
TETAPI, JIKA ANDA :
- Seorang lelaki berumur 30 tahun ke atas?
- Telah berkahwin atau sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga?
- Menghadapi masalah obesiti atau sedang menuju ke arah tersebut?
- Risau dengan kebahagiaan isteri/ bakal isteri anda?
- Semua di atas
Sekiranya jawapan anda “NOMBOR 5”
sila teruskan pembacaan anda, kerana ia amat penting untuk masa depan anda.
Masyarakat telah semakin sedar tentang ancaman obesiti (kegemukkan). Walau bagaimanapun, terdapat kesan obesiti (gemuk) yang masih kurang diberi perhatian iaitu kesan obesiti (kegemukkan) terhadap seksual lelaki. (Mungkin kerana kesan tersebut terlalu taboo atau terlalu aib untuk diakui.)
Sedar atau tidak, Obesiti (Gemuk) boleh menjejaskan fungsi seksual lelaki dengan 3 cara berikut:
1. Ganguan hormon testosterone
Pengeluaran hormon testosteron pada lelaki obes sering berada di bawah paras normal. Tahap testosteron yang rendah menyebabkan ganguan fungsi erektil dan libido yang rendah. Keadaan ini dikenali sebagai hypogonadisme. Terdapat juga laporan bahawa lelaki obese sering kehabisan tenaga sebelum “bertarung” dan menganggap bahawa seks adalah terlalu membebankan. (Sila klik untuk mempelajari kaedah meningkatkan hormon Testosteron dengan mudah).
2. Penyempitan Saluran Darah
Obesiti (Kegemukkan) juga menjejaskan saluran darah zakar dengan membawa kepada pengumpulan kolesterol di dinding dalaman arteri zakar atau lebih dikenali sebagai Atherosclerosis. Masalah Atherosclerosis tersebut boleh merosakkan dan menghalang pembuluh darah serta mempengaruhi aliran darah keluar-masuk dari zakar lalu menyumbang kepada masalah fungsi erektil dimana zakar tidak memperolehi bekalan darah yang mencukupi untuk menjadi tegak dan membesar.
TAK CUKUP DENGAN ITU!!!!!
Obesiti (Kegemukkan) juga menyumbang kepada penyakit serius lain yang seperti TEKANAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS, MASALAH KOLESTEROL dan lain-lain.
3. Ganguan psikologi
Kehidupan masyarakat pada zaman ini yang terlalu mementingkan penampilan sebenarnya amat menyukarkan bagi seorang lelaki yang menghadapi masalah obesiti. Tahap keyakinan diri mereka amat rendah disebabkan oleh dengan keadaan fizikal mereka dan mereka sering mengelak daripada melakukan hubungan seks dengan psangan. Tambahan pula lemak yang berlebihan di bahagian perut boleh membuat zakar kelihatan lebih kecil daripada yang sebenarnya, dimana ia bagaikan meyapu garam di luka keyakinan diri mereka.
OK!! OK!! Dari tadi asik cerita problem je. Jadi apa solution dia?
Sabar……ni ha:
Langkah Penyelesaian
Memandangkan masalah obesiti dikalangan lelaki amat berkait rapat dengan prestasi seksual, adalah dicadangkan agar setiap lelaki yang menghadapi masalah obesiti perlu:
- Memberikan penumpuan terhadap penurunan berat badan
- Meningkatkan aktiviti fizikal – berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya selama 45 minit atau menjalankan latihan angkat berat
- Mengambil bijirin, buah-buahan kering, dan sayur-sayuran dalam diet harian
- Mengurangkan pengambilan gula, makanan bergoreng, makanan ringan dan minuman ringan.
- Mengambil x360 Ubijaga satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur untuk setiap hari bagi menjamin berat badan yang ideal dan kesihatan kelelakian yang optimum. (Sila klik untuk mengetahui khasiat x360 Ubijaga)
Sumber:
- Lose weight for better sex by Matty Silver, Sex Therapist and Relationship Counsellor, Australia
- Obesity and Erectile Dysfunction by Dr. Krishna R.S, Ayurvedic Practitioner, India