
Isteri berpantang di rumah sendiri? Jika dulu ini adalah situasi yang tidak diingini oleh setiap wanita yang baru bersalin. Kini sudah menjadi lumrah, ekoran keperluan hidup semasa. Jadi, suamilah tempat isteri bergantung harap menjaga bayi yang masih kemerahan dan juga dirinya yang baru lepas bersalin.
Jadi sebagai suami, apa yang boleh anda buat? Berikut adalah merupakan antara cara dan panduan yang boleh anda lakukan dalam usaha menjaga isteri yang berpantang di rumah sendiri:
A. Penjagaan Isteri Daripada Segi Emosi
Isteri yang sedang berpantang adalah lebih sensitif, kerana pada waktu ini emosinya lebih mudah terganggu kerana isteri penat dan sedang melalui proses penyembuhan selepas melahirkan bayi. Dalam kebanyakkan situasi, suami kena banyak bersabar dan sentiasa bagi sokongan moral kepada isteri. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur serta bantu isteri ketika bayi berjaga pada waktu malam.
- Fahami Isteri Anda!
- Ramai suami berkata, isteri mereka sukar difahami. Namun, isteri adalah insan istimewa berjiwa halus yang diciptakan untuk melengkapkan kehidupan anda sebagai suami dan ayah. Jadi, berusahalah seadanya bertolak ansur dan memahami secara lembut isteri anda pada ketika ini.
- Beri Sokongan Kepada Isteri Anda! Suami adalah nadi seorang isteri. Suami juga tulang belakang kepada emosi dan suasana sebuah rumahtangga.
- Semasa berpantang, emosi wanita kurang stabil kerana banyak perubahan yang berlaku walaupun secara teorinya mereka sudah bersedia. Ketika ini isteri anda juga ketika ini sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini kerana secara praktikal adalah sangat-sangat berbeza.
- Dalam proses menyusukan bayi juga, isteri memerlukan sokongan suami ketika mana susu badannya keluar hanya setitis-setitis sedangkan selama ini mereka ingat susu boleh terus keluar mencurah-curah.
- Isteri perlukan sokongan suami apabila mertua mencadangkan penggunaan buaian sedangkan si isteri berkeras tidak mahu dan banyak lagi. Jadilah perantara yang bijak antara isteri dan ibu anda!
- Isteri perlukan sokongan suami di kala mereka terlalu mengantuk akibat tidak tidur berjam-jam di waktu malam menjaga bayi anda sedangkan anda sedang indah dibuai lena tidur dengan mimpi indah.
- Paling penting, peka dan sensitif dengan kemahuan isteri anda, elakkan sebarang masalah salah faham daripada segi komunikasi dan carilah ilmu untuk bantu isteri anda melalui proses ini dengan lebih mudah.
B. Penjagaan Diri Isteri (Rawatan Diri Selepas Bersalin)
(Tips: Suami perlu bangun tidur lebih awal daripada isteri untuk sediakan air mandian isteri)
- Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri (Mandi rebusan daun atau akar kayu)
- Jika suami mampu sediakanlah air herba untuk mandian isteri sepanjang 44 hari.
- Jika tidak mampu, sekurang-kurangnya sediakan air herba isteri mandi air herba selama tujuh hari. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
- Herba apa nak guna? Sekarang mudah sangat nak cari mandian herba, google je.
- Tujuan: Sepanjang tempoh berpantang adalah tidak digalakkan untuk mandi terlalu kerap, Jadi digalakkan untuk mandi dengan air rebusan daun dan akar kayu yang berupaya untuk membantu menghangatkan tubuh isteri, mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan, menghaluskan kulit serta untuk tujuan awet muda.
Contoh herbal bath yang di jual di pasaran
- Sediakan Tukang Urut Untuk Isteri (Urutan Selepas Bersalin)
- Jika isteri bersalin normal, urutan boleh dilakukan selepas 3 hari bersalin atau 5 hari selepas bersalin. Urutan tidak boleh dilakukan sebelum 3 hari bersalin kerana pada waktu itu badan isteri masih lagi lemah dan boleh menyebabkan masalah lain seperti demam atau pendarahan selepas berurut.
- Jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan selepas 1 – 2 minggu baru isteri berurut. Pastikan bidan yang dipilih tahu mengurut wanita yang bersalin secara czer. Jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
- Tempoh berurut adalah sama ada 3 hari atau 6 hari atau 9 hari bergantung kepada keperluan.
- Tujuan: Urutan adalah amalan penting selepas bersalin untuk
- mengembalikan kesegaran badan
- melancarkan peredaran darah
- membuang angin, membetulkan urat
- memperkemaskan bahagian perut dan menaikkan rahim
- mengurangkan kadar air dalam badan
- mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung, serta mempercepatkan darah nifas serta kekotoran
- membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
- memecahkan lemak
- mengetat dan membentuk kembali tubuh
- mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak
- Pastikan / Bantu Isteri Memakai Bengkung
- Selepas isteri diurut, pastikan isteri dipakaikan bengkung (sama ada bidan boleh tolong pakaikan atau suami sendiri). Boleh beli bengkung moden yang lebih mudah cara pemakaiannya.
- Tujuan: Memakai bengkung dapat mengelakkan kekenduran otot di lantai punggung. Ia juga dapat memberi sokongan kepada otot perut yang keluar akibat daripada proses kehamilan dan dapat memberikan keselesaan kepada bayi selepas kelahiran bayi
- Langan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Atau boleh juga untuk sapukan tapel pada perut isteri sebelum dibengkungkan (rujuk bawah).
Apa itu TAPEL? Ia adalah merupakan sapuan yang dipakai pada perut sebelum isteri dipakaikan sebarang bengkung. Ramuannya adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis (boleh gunakan ramuan yang telah siap sedia dijual)
Ia adalah selamat digunakan untuk ibu yang bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan – pastikan luka telah kering dan sembuh untuk elakkan sebarang infeksi. Dapatkan nasihat doktor sebelum gunakan tapel.
Antara kelebihan tapel ini termasuklah mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit (stretchmarks), membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut, menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya serta membantu untuk menegangkan kulit perut yang menggeleber akibat regangan semasa hamil.
Contoh tapel, pilis dan param yang dijual di pasaran
- Pastikan / Bantu Isteri Bertungku
- Jika isteri bersalin secara normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku.
- Besi atau batu tungku yang telah dipanaskan dibalutkan dengan kain dengan ketebalan yang bersesuaian yang telah dilapikkan dengan daun herba seperti mengkudu atau daun kunyit.
- Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.
- Tungku isteri anda sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
- Tujuan: amalan ini adalah penting untuk menghangatkan tubuh badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin disamping membantu untuk membetulkan dan melancarkan perjalanan darah. Ini juga bantu untuk melancarkan pengaliran keluar darah nifas.
- Cara – Cara Bertungku:
- Posisi: Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk bergantung kepada keselesaan isteri.
- Bahagian mana yang perlu ditungku?
- bahagian bawah payu dara dan perut
- bahagian pinggul, paha, punggung,
- bahagian ari-ari
- Tapak kaki dan tumit.
- Bahagian mana yang TIDAK BOLEH ditungku?
- bahagian luka pembedahan / cesarean
- Letak tungku yang telah siap untuk digunakan di bahagian seperti di atas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak, atau secara bergilir-gilir.
- PERHATIAN: Pastikan batu tidak terlebih panas untuk elakkan kecederaan atau masalah lain seperti terbakar tilam dan cadar.
- Pastikan Isteri Dipakaikan Pilis dan Param
A. Pilis:
Pilis pula adalah campuran herba yang khusus yang terdiri daripada tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya untuk disapukan pada dahi isteri.
Seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.
Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah membantu meredakan pening kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata dan mengelakkan masalah rabun, mengurangkan rasa nak pitam, pandangan kabur serta mengelakkan masalah angin yang boleh sebabkan tekanan emosi.
B. Param:
Param adalah sejenis rawatan sapuan yang terdiri daripada campuran eras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi.
Campuran param tersebut akan disapukan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan.
Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan, membantu melancarkan peredaran darah, mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan, memberi kehangatan kepada tubuh, memberikan kesegaran dan menjaga serta mencantikkan kulit isteri.
- Sediakan isteri Jamu yang bersesuaian untuk Ibu Berpantang
- Belikan isteri jamu atau herba yang bersesuaian untuk menjaga kesihatan dan kecantikan isteri. Boleh tanya isteri, ibu atau ibu mertua atau mana-mana pengamal tradisional untuk memilih jamu yang tepat.
- Pastikan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
- Boleh juga amalkan La Mamma Post Natal (KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT KHASIAT POSTNATAL) dengan rumusan istimewa untuk ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran. Paling penting ia juga bantu rawat luka bersalin untuk ibu yang bersalin secara czer ataupun normal, serta atasi masalah sembelit dan boleh ambil untuk ibu yang menyusukan bayi yang ada kuning.
- Jika gunakan jamu yang memberikan kesan panas, sebaiknya pastikan bayi tiada kuning sebelum memulakan pengambilan jamu. Ada juga jamu yang menyebabkan bayi tidak serasi dan ada yang dikaitkan dengan penyakit kuning (jaundis).
- Elakkan juga jamu yang memberi kesan kepada pengurangan susu ibu.
- Bantu Isteri Atasi Masalah Sembelit Semasa Berpantang
- Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Pastikan isteri minum air suam dan makan serat secukupnya agar tidak sembelit.
- Amalkan La Mamma Postnatal untuk atasi masalah sembelit semasa berpantang.
- Jika perlu, suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
C. Penjagaan Pemakanan Isteri
- Bantu Isteri Masak Menu Pantang (Sarapan, Minum Pagi/Petang, Tengahari dan Malam). Kena ingat ye, ibu berpantang yang menyusukan bayi memang akan cepat lapar. Buat persediaan semasa isteri hamil lagi. Kumpulkan menu berpantang yang mudah disediakan. Boleh juga cuba memasak menu dalam pantang lebih awal sebelum ibu melahirkan bayi untuk memahirkan diri. Practice Make Perfect! Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap.
- Pastikan makanan yang disediakan adalah seimbang dan bernutrisi tinggi serta galakkan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh isteri berpantang.
- Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan mesti tepat untuk mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi dalam keadaan masih panas dalam kadar yang sederhana. Tidak mengapa jika makan dengan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak.
- Pada minggu kedua dan seterusnya ibu sudah boleh mula makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan serta buah-buahan supaya badan mendapat makanan berkhasiat.
Contoh makanan ibu berpantang (sumber internet)
- Sumber Protein
- Galakkan pengambilan sumber protein daripada ayam dan daging (elakkan bahagian berlemak), ikan segar dan tidak gatal seperti ikan haruan, sardin, bilis, tenggiri, merah, senangin, salmon dan selar. Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.
- Sumber Sayuran
- Boleh amalkan makanan untuk menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar seperti cekur manis, sawi, lobak putih, lobak merah, peria, pegaga dan brokoli. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
- Sumber Buah-buahan
- Makan buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries – mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi atau oren – mengandungi vitamin C yang tinggi. Buahan lain yang boleh diambil seperti kurma, epal merah, kismis, dan prune.
- Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.
- Sumber Ulam-Ulaman
- Antara sumber ulaman yang boleh diambil termasuklah Halia, Serai, Lengkuas, Pegaga, Mengkudu, Ulam Raja, Lempuyang, Jantung Pisang , Daun / Ubi Cekur, Bunga Kantan, Kunyit Hidup, Daun Bebuas
- Pengambilan Halia dan Kunyit juga digalakkan, namun jika bayi anda kuning. Kurangkan pengambilan Halia dan Kunyit kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun akibat kandungan kunyit yang tinggi dalam susu ibu.
- Apakah Makanan Yang Perlu Dielakkan?
- Elakkan makan makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, petai, sayur keladi, bayam, kacang panjang, petola, semua jenis ubi dan rebung. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.
- Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda antara minuman jenis sejuk dan tajam.
- Elakkan makan buahan seperti tembikai, jambu, nanas, pisang, cempedak, manggis dan langsat
- Elakkan juga makan nasi sejuk atau nasi semalam yang telah dipanaskan.
- Elakkan makan makanan seperti sosej, telur, tempe, burger, nugget, bihun, mee, kuey teow dan laksa.
Gambar: Antara buah-buahan sejuk dan beranging yang perlu dielakkan
D. Penjagaan Bayi
- Bantulah Isteri Anda Memandikan Bayi Anda
- Belajarlah memandikan bayi sejak isteri dalam pantang lagi. Minta panduan dengan bidan / ibu / ibu mertua atau sesiapa yang arif.
- Untuk lebih mudah, boleh sediakan tub baby yang ada sokongan untuk memudahkan proses ini. Gunakan set mandian bayi yang bersesuaian (mohon peka ye para bapa).
- Selepas bayi mandi, keringkan bayi dengan sempurna dan urut perut bayi dengan minyak telon untuk elakkan daripada kembung. Sapukan juga minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan untuk memberi kehangatan kepada bayi anda.
- (Rujuk link ini untuk belajar tentang urutan bayi: http://www.mithalimoms.com.my/panduan-cara-urut-bayi/
- Bantulah Isteri Anda Tukar Lampin Bayi Anda!
- Jangan lupa juga bantu isteri menukar lampin bayi, jika perlu.
- Bantulah Isteri anda Menyusukan Bayi Anda!
- Kajian membuktikan sokongan padu suami dapat memastikan penyusuan ibu dapat berjalan lancar, dan dapat memastikan penyusuan lebih lama dan berjaya. Dan, 98% ibu yang berjaya menyusukan anak mereka mempunyai pasangan yang menghargai penyusuan ibu. Antara yang boleh anda buat termasuklah;
- Beri sokongan kepada isteri anda untuk tingkatkan keyakinan terhadap kemampuannya menyusukan bayinya.
- Kenali tanda-tanda awal bayi ingin menyusu dan bantulah bawa bayi kepada isteri untuk disusukan.
- Bersedia dengan positif untuk mendengar setiap luahan rasa isteri sebab perjalanan penyusuan itu bukan sesuatu yang mudah! Tetapi akan menjadi lebih mudah dengan sokongan anda!
- Kajian membuktikan sokongan padu suami dapat memastikan penyusuan ibu dapat berjalan lancar, dan dapat memastikan penyusuan lebih lama dan berjaya. Dan, 98% ibu yang berjaya menyusukan anak mereka mempunyai pasangan yang menghargai penyusuan ibu. Antara yang boleh anda buat termasuklah;
E. Tips Lain Yang Boleh Anda Lakukan
- Sediakan keperluan dan kelengkapan isteri dalam pantang (Tukang urut, Supplemen berpantang, kemudahan lain yang sesuai,) dengan lebih awal lagi (semasa isteri hamil). Ini membantu memudahkan anda di kemudian hari.
- Jika mampu, boleh dapatkan khidmat bidan khusus yang memberi khidmat menjaga isteri dan bayi sepanjang masa berpantang.
- Jika mempunyai anak yang lain juga, bantu isteri anda untuk uruskan keperluan seharian anak-anak yang lain seperti mandikan dan pastikan mereka bersarapan. Bila mereka kenyang barulah tak meragam dan tidak mengacau ibu mereka.
- Bantu isteri anda melakukan kerja-kerja rumah termasuklah membasuh pakaian, mengemas rumah dan memasak serta menyediakan keperluan anak anda yang lain.
- Pastikan isteri tidur ketika bayi tidur, isteri perlu mendapat rehat secukupnya untuk emosi yang lebih stabil
- Sentiasa pastikan isteri anda gembira dan bahagia dan berterima kasih kepada isteri anda kerana melahirkan zuriat anda.