
Tahun 2020 ini adalah merupakan tahun yang mencabar buat kita semua ekoran ketidakstabilan ekonomi yang mampu memberi impak kepada peningkatan kos seharian. Bukan sekadar hartanah je yang semakin mahal, malah barang keperluan pun semakin meningkat. Sedar atau tidak, ini memerlukan kita untuk tingkatkan usaha dalam mencari pendapatan tambahan buat keluarga.
Jika anda masih mencari-cari peluang perniagaan secara parttime, apa kata anda cuba untuk jual barang dari Jepun, sebagai personal shopper. Kalau anda perasan trend barangan Jepun kat Malaysia nie pun makin meningkat tinggi. Kedai-kedai barangan jepun pun dah mula ada, anda pun mesti perasan kedai seperti Daiso, Miniso ini bukan.
Sebenarnya, permintaan yang tinggi terhadap barang dari Jepun ini mungkin kerana niche yang berbeza berbanding barang China. Barang dari Jepun adalah kebanyakkan original dengan kualiti barang lebih baik dan tahan lama berbanding barang China. Sebab itu, barang Jepun ini ada ramai peminatnya sendiri. Antara kategori barang yang Jepun yang terkenal adalah barang original baru dan Preloved, Collectibles dan Hobby items.
Nak beli semua barang ini daripada Jepun tak susah pun, sebab sekarang ini kita ada support daripada Team Japan Method (korang boleh baca kat Link Cara Beli Barang Jepun Dengan Mudah Dengan Japan Method). Jadi, bila dah mudah nak beli semua barang ini, macam mana pulak cara nak jualnya?
1. Menjual di FB Profile, Facebook Marketplace dan di Group Facebook
Untuk jadik personel shopper, anda kena tahu apa barang yang hendak dijual dan target market anda. Anda boleh join group yang menjadi tempat lepak geng-geng collectors ini. Sebagai contoh, jika anda target nak jual Jam Tangan G-shock, anda boleh buat carian di Facebook. Boleh join mana-mana group yang berkenaan. Bila dah join tu, cuba aktif komen post-post orang lain terlebih dahulu. Dan add targeted prospect sebagai friends.
Pada masa yang sama, anda buat sikit kajian tentang product di Marketplace Jepun (seperti dalam Japan Method), dan buat post berkenaan product di Facebook anda atau Facebook Group yang relevans. Jika ada kekangan kewangan, dapatkan buyer dulu barulah order. Postage daripada Jepun ke Malaysia ambil masa 4 – 7 hari, melalui pengangkutan udara.
Satu tips HOT sekarang nie, anda boleh create channel telegram, dan masukkan semua barang yang anda ingin jual di group telegram tersebut. Jadi, tugas anda sekarang ini hanyalah promosikan group telegram anda untuk dapatkan subscriber. Salah satu teknik yang berkesan adalah, anda boleh buat perkongsian yang mudah viral tentang barang atau tempat Jepun best, supaya ramai yang berminat nak share. Jangan lupa di akhir sharing tersebut, tulis untuk dapatkan info lebih banyak barang daripada Jepun best, boleh join channel telegram anda (letak link). Mudah bukan. Lagi viral post anda, lagi ramai prospect akan subcribe group telegram anda.
2. Menjual secara Aktif di Istagram
Akaun IG memerlukan anda untuk upload gambar produk yang anda jual. Nak bagi ramai follower mudah sahaja, anda boleh cipta satu tema untuk Instagram anda. Sebagai contoh, deko-deko rumah yang cantik, anda boleh upload gambar-gambar deko rumah yang cantik dan menarik. Biasanya orang yang suka deko rumah ini ada habit collectors juga. Selitkan juga gambar deko daripada rumah-rumah di Jepun.
Pastikan juga ada 1 – 2 post anda upload gambar produk yang ingin dijual, boleh edit gambar untuk tampak cantik dan menarik. Paling penting pastikan gambar tersebut jelas. Lagi satu, anda jangan lupa untuk follow akaun IG peminat-peminat barangan Jepun ini juga. Supaya mereka follow anda.
3. Join Car Boot Sales / Expo pada Hujung Minggu
Barangan preloved memang sinonim dengan Car Boot Sales. Teringat saya masa berada di Edinburgh, memang tertunggu – tunggu nak pergi Car Boot Sales sebab nak beli barangan preloved kat sana. Di pasaran online Jepun, memang ada banyak sangat barang preloved yang anda boleh cari. Bestnya kan, semua barang preloved ini adalah barang original yang masih lagi cantik.
Gambar: google
Satu kelebihan anda shopping barang Jepun ini kan, apa yang di tulis di website jualan, adalah seiring dengan kualiti barang yang akan anda terima. Jika anda join Japan Method, ada pulak Logistik Partner yang akan bantu anda untuk check kualiti barang yang anda terima, barulah postage diurus ke Malaysia.
Berbalik kepada Car Boot Sales, anda boleh join sales yang tema seiiring dengan konsep yang ini anda bawa. Contohnya tema jualan preloved, barangan antik antau mainan. Kalau dapat konsep Jepun lagik la bagus. Bila tema dah sama, memang ramailah collectors yang turun, Anda boleh buat juga konsep preorder, buatkan katalog untuk barang yang preorder.
4. Menjual di Preloved Marketplace seperti Caraousell
Cipta satu akaun di marketplace seperti Caraousell yang memfokuskan jualan barangan Jepun secara preorder. Nyatakan dengan jelas, kesemua barang tersebut adalah Preorder direct daripada Jepun jika ada kekangan kewangan. Jika tiada masalah kewangan, anda boleh order dan guna dahulu, pada masa yang sama anda buat listing di Caraousell atau di Mudah.my untuk jual barang tersebut. Dan memang barang preloved, jadi tak ada isu anda guna.
Cuma pastikan apa yang anda tulis adalah sama dengan kualiti barang tersebut.
5. Menjual dengan Kawan Ofis, Sedara dan Jiran-Jiran
Okay, ini adalah teknik yang paling popular untuk barangan PreOrder nie kan. Sebab orang-orang ini semua dah kenal anda Jadi, nilai kepercayaan itu dah ada. Anda hanya perlu buat satu katalog yang menarik, boleh guna printer je dan masukkan dalam folder. Jika di pejabat, boleh tinggalkan di Pantry, atau boleh circulate around. Macam orang jual kuih raya tu.
Kesimpulan
Kesemua di atas adalah merupakan cara efektif bagaimana anda boleh mula jual barang dari Jepun dengan mudah. Kena ingat, paling penting dalam apa jua pun urusan, anda perlu bermula dan buat secara konsisten.
Sebagai permulaan, saya nasihatkan anda untuk dapatkan Panduan Japan Method. Sebab, ini membolehkan anda belajar tentang marketplace Jepun untuk buat kajian produk yang ingin anda jual. Anda juga akan mendapat akses kepada cara-cara membeli, serta membuat pengeposan barang daripada Jepun ke Malaysia dengan mudah. Paling best, Team Japan Method akan bantu anda check barang tersebut, supaya kualiti yang anda terima seiring dengan copywriting seller. Menarik kan!
10 Barang Jepun RARE Yang Tinggi Permintaan (High Demand) di Malaysia (KLIK SINI)
Bagi yang dah faham, anda boleh baca info lanjut tentang Japan Method di sini: http://bit.ly/JapanMethod_1
10 Barang Jepun RARE Yang Tinggi Permintaan (High Demand) di Malaysia (KLIK SINI)
NOTA: JAPAN METHOD BARU DIBUKA SEMULA BERMULA 10/1/2021 SEHINGGA 31/2/2021. BAGI ANDA YANG INGIN BELAJAR BELI BARANG ATAU BORONG BARANG SECARA DIRECT DARIPADA JEPUN, BOLEH DAPATKAN PANDUAN JAPAN METHOD DI LINK DI BAWAH:
(KLIK SINI UNTUK DIRECT AKSES KE JAPAN METHOD)
Pastikan anda tidak lagi terlepas peluang ini kerana ia hanya akan dibuka dalam masa TERHAD sahaja!